PERNIAGAAN UNTUNG ATAS ANGIN TERHEBAT

on Tuesday, 17 January 2012

Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy sebenarnya berazam ingin berniaga pada tahun 2012 tetapi tak tahu apa benda yang nak diniagakan dan menggunakan cara apa. Benjy nak berniaga bukan nak jadi jutawan ataupun hartawan tetapi cukuplah sebagai pendapat sampingan. Beberapa hari lepas Benjy terdengar cerita rakan-rakan bahawa, memang patut pun syarikat Alam Flora ditamatkan kontraknya oleh kerajaan Selangor kerana syarikat itu hanya 'Untung Atas Angin' sahaja. Pada Benjy ia sebenarnya ada Pro dan Kon, Pro sebab lain-lain kontraktor kecil dapat sub-kontrak dari Alam Flora dan Kon adalah, Alam Flora tidak dapat memastikan sama ada sub-kontrak ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Alam Flora, nanti tidak pasal-pasal nama Alam Flora yang rosak.Untung Atas Angin

Sumber Gambar : Google Search

Bila ingat balik kata kawan Benjy tu, Benjy berminat dengan ayat 'Untung Atas Angin'. Kerana walaupun kita tidak membuat kerja, orang lain yang buat, tetapi kita mendapat keuntungannya, hebat bukan. Setelah berfikir 2-3 minit, Benjy menemui idea bagaimanakah nak membuat satu perniagaan berkonsepkan 'Untung Atas Angin'. Benjy percaya ini adalah idea pertama Benjy dan belum ada lagi orang membuatnya. Walaupun Benjy belum lagi mencuba perniagaan ini (jam 1115 PM dapat idea pada 17 Jan 2012) tetapi Benjy percaya ia berkesan kerana produk yang sangat laris. Tidak percaya ? tidak mengapa sebab lepas baca sampai habis entry ini pasti anda akan percaya.

Perniagaan 'Untung Atas Angin' yang Benjy maksudkan adalah perkhidmatan WIFI termurah di Malaysia iaitu serendah RM 10.00 sebulan. Ia boleh di akses 24 jam tanpa limit tidak seperti kebanyakaan Telco Broadband. Walaubagaimana pun ada syarat-syaratnya. Oklah Benjy kupas satu persatu syaratnya.

1. Seorang peniaga itu mesti ada sekurang-kurangnya Strymex WIFI.Untung Atas Angin
2. Perkhidmatan hanya di sekitar kawasan liputan rumah peniaga itu sahaja.
3. Kadar bayaran dicadangkan RM 10.00 sebulan (Kalau tamak sangat nak letak RM 15.00 pun boleh juga)
4. Lokasi kawasan perniagaan sesuai adalah kawasan perumahan flat, apartmen kos rendah dan seangkatannya yang mempunyai penduduk ramai.Untung Atas Angin
5. Sila tampal iklan hanya disekitar kawasan rumah peniaga sahaja.
6. Buat satu laman blog dan e-mail untuk tujuan itu.Untung Atas Angin
7. Selepas pelanggan membuat bayaran pengesahan di e-mail, e-mailkan username dan password WIFI kita.
8. Pada bulan depan tukar usernama dan password dan hantar e-mail kepada semua pelanggan kita untuk topup bil (hehehehe ... buatlah cam bil telefon supaya lebih profesional)
9. Jangan risau sebab pelanggan tidak kenal kita hanya berhubung dengan e-mail sahaja.
10. Sekarang baru percayalah !, inilah dia perniagaan 'Untung Atas Angin' idea Benjy.

Mungkin Benjy nak cuba perniagaan ni tidak lama lagi kerana nak buat marketing plan dan nak tukar router WIFI supaya boleh jauh sikit liputan WIFI Benjy. Ini hanya idea spontan, jika ada rakan-rakan nak tambah idea atau syarat-syarat di atas, Benjy amat mengalu-alukan demi kebaikan bersama.Untung Atas Angin

Sebuah idea perniagaan 'Untung Atas Angin' oleh "Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza"  
Review http://www.benjystanis.co.cc on alexa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Sponsored

Blogged.myMy Ping in TotalPing.com
 
© Benjy Stanis Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO