SEBUAH CERITA FANTASI - PART 5

on Thursday, 12 January 2012

SEBUAH PERSIMPANGAN


Aku berlari sekuat hati kerana cuma itu sahaja peluang yang aku ada. Aku tahu kalau aku terlambat barang sesaat pasti ajal menjemputku. Aku tak hiraukan semak samun disekeliling ku, aku tak hiraukan duri-duri yang mencakar badanku serta batu-batu tajam sepanjang lorong itu. Apa yang pasti aku perlu melepasi kawasan hutan yang hitam ini. 

Sumber Gambar : Google Search

Aku rasa menyesal memasuki hutan yang hitam ini kerana tak sangka begini jadinya. Aku juga tak sangka projek aku dengan 2 orang saintis lain Dr. Rasasid dan Dr. Caroline menjadi mimpi ngeri bagiku. Kini aku tak tahu mana mereka pergi. Mungkin mereka juga sepertiku melarikan diri dari hutan hitam ini. Ketika cemas ini terbayang wajah tunangku Farahliza. "Jim pergi tak lama Liza,.. dalam seminggu je ... lagi pun hutan tu bukanlah bahaya sangat. Selepas sahaja habis kajian Jim akan balik". Itulah kata-kata terakhir ku kepada tunang tersayang.

Aku mendengar bunyi tapak-tapak kaki berlari menghampiriku. Aku sedar ada beberapa pasang kaki-kaki mengejarku. Aku tak pasti apakah dia, adakah mereka ni manusia, haiwan atau makhluk lain. Dengusan nafas mereka juga semakin kuat mungkinkah ini seekor harimau ataupun serigala. Diriku semakin resah kurasakan peluhku dah membasahi tanah-tanah tapakku tetapi aku tak rasa penat mungkin kerana terlalu takut agaknya. Aku teruskan larianku sekali sekala aku terjatuh habis lututku calar balar, habis koyak rabak seluar dan bajuku.

Namun kini larian ku terhenti, bukan kepenatan bukan juga terjatuh. Nun jauh mata memandang dihadapanku, cantik pemandang. Hutan yang kurasakan hitam tadi bertukar warna, bukan merah, bukan biru dan bukan juga kuning. Aku tak pasti apakah warna sebenarnya tetapi ia seakan-akan lembayung biru. Namun aku tak berani nak memasuki kawasan itu. Aku berpusing kebelakng dan hendak berpatah balik tetapi langkah ku terhenti juga. Aku juga tidak berani memasuki hutan hitam itu. Tiba-tiba aku melihat dua lembaga seakan badan manusia tetapi bersisik dan kepala menyerupai ular dan yang satu lagi menyerupai singa, sedang berdiri di sempadan hutan hitam itu. Bila ku amati betul-betul .."Ya Tuhan !" terkejut hatiku kerana mereka berdua itu ialah Dr. Rasasid dan Dr. Caroline.

Kini aku berada di tengah-tengah persimpangan antara hitam dan lembayung biru. Jika aku ke hitam pastinya aku akan mati. Jika aku terjun kebawah air terjun yang tinggi berwarna lembayung biru itu aku juga akan terbunuh. Beberapa detik aku terkenangkan kembali wajah Farahliza. "Kalau Jim nak buat kajian berhati-hati yer" Itulah kata-kata nasihatnya. Ya memang aku sudah berhati-hati namun aku tak pasti manakah arah yang perlu kutujui dipersimpangan ini. Aku perlu memilih sekarang namun, yang pasti kedua-duanya maut, kerana sudah tiada pilihan ketiga.

Sebuah cerita fantasi daripada "Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza".

SIRI SEBUAH CERITA FANTASI
Review http://www.benjystanis.co.cc on alexa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Sponsored

Blogged.myMy Ping in TotalPing.com
 
© Benjy Stanis Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO